Jutsu Utama Jutsu_(Naruto)

Ninjutsu

Rencana utama: Ninjutsu

Ninjutsu (忍術, Teknik Ninja) secara umumnya merujuk kepada sebarang teknik ninja yang menggunakan kuasa chakra untuk membenarkan penggunanya melakukan suatu gerakan atau tindakan yang mana mungkin boleh dianggap mustahil atau sukar dilakukan. Tidak seperti genjutsu, ninjutsu memberikan efek yang lebih nyata terhadap mangsanya berbanding genjutsu yang hanya menyebabkan gangguan ilusi. Ninjutsu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan chakura dan kebanyakkan masa bersama penggunaan tanda ikatan.

Genjutsu

Rencana utama: Genjutsu

Genjutsu (幻術, Teknik Ilusi) merujuk kepada teknik yang dilakukan mengikut kaedah yang sama dengan ninjutsu, memerlukan penggunaan chakra dan tanda ikatan untuk mengaktifkannya. Bagaimana pun, genjutsu berfungsi untuk memberikan efek ilusi, mengakibatkan gangguan minda (akibat penyerakkan chakra di bahagian otak) dan menganggu daya kepekaan penerimanya. Genjutsu secara amnya digunakan dengan memberikan gambaran palsu atau menyebabkan kesakitan akibat rasa trauma (kerana badan penerima dipaksa mempercayai ia adalah suatu bentuk kesakitan), namun ia mempunyai banyak kegunaan lain bergantung kepada situasi dan keadaan tertentu.

Taijutsu

Rencana utama: Taijutsu

Taijutsu (体術, Teknik Fizikal) merupakan bentuk asas sesuatu jutsu dan boleh dikatakan ianya suatu teknik yang tidak memerlukan sebarang penggunaan chakra, namun chakra boleh digunakan untuk menambahkan kekuatan dan daya perosak suatu teknik taijutsu itu. Taijutsu tidak memerlukan kombinasi tanda ikatan dan lebih mudah dan cepat untuk digunakan berbanding dengan ninjutsu dan genjutsu. Taijutsu boleh diterjemahkan sebagai pertempuran fizikal ataupun melalui penggunakan senjata.